Sunday, March 8, 2015

Beza Antara Insuran Dan Takaful

Jaminan kewangan dan kesihatan merupakan satu keperluan dalam kehidupan insan hari ini. Ditambah dengan kenaikan pelbagai kos yang menuntut kita untuk menyisihkan sedikit  pendapatan kita untuk kegunaan dimasa sukar.

Namun sebagai umat islam insuran konvensional adalah satu cara yang tidak boleh dipilih kerana ia melibatkan sistem riba yang amat dilarang dalam agama islam. Ramai yang beranggapan insuran tidak boleh di gunapakai oleh umat islam kerana pelaburan  yang tidak terjamin kehalalannya. Justeru berlaku kes apabila ada umat islam yang cuba membatalkan polisi insuran konvensional yang telah dibeli, agen insuran akan berkata , "Tidak apa, pelaburan insuran kami dijamin kepada sumber yang halal sahaja". Ramai juga yang berasa senang hati dengan pujukan itu kerana yakin tidak menyalahi hukum islam.

Tanggapan ini sebenarnya salah kerana insuran tidak dibolehkan oleh islam bukan hanya kerana wang yang dilaburkan pada sumber yang bukan halal. Malah lebih dari itu. Sistem insuran itu sendiri sebenarnya telah melibatkan RIBA. Menjadikan ianya secara automatik haram dalam islam.

Berikut adalah fakwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Malaysia, 

1. Hukum menjual dan mempromosi insuran konvensional
Tersedia untuk dirujuk di pautan ini: Hukum Mempromosi Insuran Konvensional

" Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan."

2. Hukum Insuran nyawa.
Screen di bawah diambil pada 9 mac 2015  dari pautan Portal Rasmi Majlis Fatwa Malaysia.



3. Hukum Insuran Secara Am



Rujukan:

1. http://e-muamalat.gov.my/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram
2.http://zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/307-beza-insuran-konvensional-a-takaful--sudut-hukum.html
3. http://e-muamalat.gov.my/faq/apakah-perbezaan-antara-takaful-dan-insurans-konvensional
4. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-hukum-insurans-am

No comments:

Post a Comment